Monday, September 26, 2016

Bagaimana Senyum dengan Ikhlas

Inilah tips untuk senyuman yang benar-benar tampak tersenyum!

SATU!
Senyum adalah satu perbuatan yang baik dan boleh menyambungkan sillaturrahim. Oleh itu, siapa tidak mahu memiliki sebuah senyuman? Ia membantu kita untuk lebih diterima dalam masyarakat. Para penyelidik mengatakan bahawa senyuman yang ikhlas boleh dilihat dari jauh berbanding muka yang berkerut. Senyuman membuatkan kita stand-out walaupun dalam khalayak ramai dan suasana yang sesak. Tidak hairan jika kita berasa lebih baik dan berkeyakinan dengan senyuman, walaupun cuma dengan melihat senyuman daripada orang lain, apatah lagi apabila diri sendiri tersenyum. Dalam satu kajian penyelidik German pada tahun 1988, orang yang tersenyum akan terlebih dahulu menghargai jenaka yang terdapat dalam sesebuah kartun animasi berbanding orang yang tidak. Dan tahukah anda? Meletakkan pen di dalam mulut seperti gambar di bawah akan merangsang otak kita untuk senyum dengan lebih mudah?

DUA!
Tetapi, tersenyum adalah benda yang susah bagi sesetengah orang! Walaupun ia adalah perkara asas yang selalu dibuat orang; bayi akan tersenyum, bahkan orang buta pun akan tersenyum walaupun tidak pernah melihat senyuman. Namun ia sukar dilakukan pada arahan. Sesetengah situasi menyebabkan kita tersenyum secara paksa, seperti mengambil gambar dan mendengar lawak yang tidak difahami. Dalam hal ini, senyuman kita akan kelihatan samada palsu (fake), membosankan (lame) ataupun menakutkan.